You are here:PDPA

PDPA

Notis ini diberikan berikutan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang berkuatkuasa pada 21 November 2022:

Kami, Arenaa De Luxe Hotel Sdn Bhd, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "kami”), dengan ini ingin memaklumkan kepada anda yang data peribadi anda diproses oleh kami dan kami akan menggunakan data peribadi anda seperti berikut:

JENIS-JENIS DATA PERIBADI
  1. Nama, nama keluarga
  2. Warganegara
  3. Alamat (tempat tinggal dan perniagaan)
  4. Nombor pasport
  5. Nombor kad pengenalan
  6. Tarikh dan tempat dikeluarkan(hari, bulan, dan tahun)
  7. Emel
  8. Syarikat
  9. Jawatan/ Pekerjaan
  10. Telefon Bimbit
  11. Telefon Rumah
  12. Telefon Perniagaan
  13. Tarikh Lahir (hari, bulan dan tahun)
  14. Nombor pendaftaran kenderaan
  15. Salinan kad kredit
  16. Imej individu yang ditangkap oleh CCTV
    dan data berkaitan lain yang dikumpulkan dari anda, untuk tujuan:
TUJUAN
  1. untuk pengesahan dan memproses data peribadi atau memberi jawapan kepada permintaan seperti tempahan hotel, pemprosesan bil dan pembayaran, tempahan restaurant dan lain-lain permintaan barangan atau perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti

  2. Untuk memudahkan keperluan khas yang berkaitan dengan kecacatan atau keperluan perubatan yang dimana akan memberi kesan terhadap pilihan yang ditetapkan dan larangan pemakanan dimana akan mendedahkan kepercayaan agama seseorang tetamu

  3. melaksanakan khidmat sokongan dan perkhidmatan pelanggan seperti tawaran promosi, cadangan kadar harga hotel, surat berita, kad kredit pemprosesan pembayaran dan / atau tinjauan tetamu pelanggan

  4. memenuhi syarat yang harus ditepati dengan pelanggan hotel, sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses mengatur perjalanan pelanggan hotel (contohnya ejen pelancongan, penganjur perjalanan kumpulan dan majikan anda) dan penjual (contohnya syarikat kad redit, pengendali syarikat penerbangan dan program kesetiaan yang lain);

  5. berkomunikasi dengan pelanggan hotel melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon, emel, faks,surat dan/ atau saluran-saluran komunikasi yang lain.

  6. untuk memaklumkan kepada pelanggan hotel mengenai perubahan terhadap produk, barangan, fasiliti, perkhidmatan dan/ atau program kesetiaan pelanggan dimana akan memberi kesan kepada pelanggan hotel melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon, emel, faks, surat dan/ atau saluran-saluran komunikasi yang lain

  7. penglibatan pelanggan hotel dalam pertandingan-pertandingan dan cabutan bertuah yang dianjurkan oleh pihak hotel atau bagi pihak hotel.

  1. pendedahan awam dan penggunaan data peribadi pelanggan hotel, gambar, fotografi, rakaman suara dan video yang bertujuan untuk publisiti tanpa pembayaran atau pampasan sekiranya pelanggan hotel menjadi pemenang pertandingan yang dianjurkan

  2. untuk mengekalkan rekod dan akaun

  3. untuk menggunakan system CCTV bertujuan mencengah jenayah

  4. untuk menguatkuasakan kontrak dan menguatkuasakan undang- undang

  5. untuk memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan (kemudian daripada ini secara kolektif dirujuk sebagai "Tujuan")

Sila ambil perhatian bahawa ia adalah penting untuk anda memberikan kami data peribadi anda. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kami tidak dapat memproses dan / atau mendedahkan data peribadi anda berkaitan dengan Tujuan. Kami juga akan menyimpan data peribadi anda untuk satu tempoh yang munasabah untuk membolehkan kami menghubungi anda tentang produk, perkhidmatan dan promosi kami pada masa akan datang.

Kami akan mendedahkan atau berkongsi data peribadi anda, yang telah dikumpul dari maklumat yang anda telah berikan kepada kami melalui e-mel dan / atau surat dan/atau pelbagai borang dan / atau laman sesawang kami, kepada rakan perniagaan dan rakan kongsi kami seperti berikut:

PENDEDAHAN
  1. Kepada hotel–hotel dan resort-resort antara Arenaa De Luxe Hotel Sdn Bhd

  2. kepada syarikat-syarikat yang berkaitan, sekutu, perunding, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat, kontraktor, vendor atau pembekal perkhidmatan untuk memberi sokongan dan perkhidmatan pelanggan kepada anda seperti tawaran promosi, cadangan kadar hotel, surat berita, kad kredit pemprosesan bayaran hotel, penyertaan anda dalam cabutan bertuah dan pertandingan dan / atau tinjauan tetamu.

  3. Mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau sub-peserta kepada hak atau perniagaan Arenaa De Luxe Hotel Sdn Bhd.

  4. Yang dikehendaki oleh undang-undang, proses undang-undang, pertanyaan daripada pihak berkuasa dan / atau perkara yang berhubungan dengan kehidupan, kematian, keselamatan, kesihatan atau harta individu atau perbadanan yang berkaitan.

  5. Orang ramai dengan menyiarkan data peribadi, imej, gambar, suara dan video rakaman pelanggan hotel untuk tujuan publisiti tanpa bayaran atau pampasan jika pelanggan hotel menjadi pemenang dalam pertandingan.

Untuk tujuan-tujuan ini, kami atau rakan perniagaan dan rakan kongsi kami boleh menghubungi anda secara surat, e-mel, telefon, SMS, faks atau sebarang bentuk komunikasi elektronik untuk memberitahu anda tentang produk kami, perkhidmatan dan promosi yang mana mungkin menarik minat anda. Bagaimanapun:

sila tandakan kotak ini jika anda tidak mahu untuk menerima maklumat seperti itu daripada kami tetapi diingatkan bahawa ini akan menghalang anda daripada menerima mana-mana tawaran-tawaran kami yang khas dan menarik atau promosi

sila tandakan kotak ini jika anda tidak mahu untuk menerima maklumat dari rakan perniagaan dan rakan kongsi kami

Dengan memulangkan borang ini kepada kami, anda bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda untuk Tujuan. Anda juga bersetuju untuk kami memindahkan data peribadi anda kepada negara-negara lain di dunia di mana kami mempunyai urusan yang mana tidak mungkin menyediakan tperlindungan data setaraf seperti di Malaysia, jika perlu untuk tujuan- tujuan di atas.

Anda berhak untuk meminta satu salinan data peribadi anda (yang kami mungkin mengenakan anda bayaran yang berpatutan), untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda, untuk membetulkan mana-mana ketidaktepatan dalam data peribadi anda dan / atau menghubungi kami dengan sebarang pertanyaan atau aduan. Bagi tujuan ini, anda boleh menghubungi kami seperti berikut:

Operations Manager,
Arenaa De Luxe Hotel Sdn Bhd
No. 222, Jalan Ujong Pasir
75050 Melaka
Malaysia Tel No : (606) 288 3399
Fax No : (606) 288 3555
E-mail : enquiry@arenaahotelsgroup.com

Jika anda memberikan kami maklumat tentang orang lain / organisasi, anda dengan ini mengesahkan bahawa orang yang lain / organisasi tersebut telah melantik anda untuk melaksanakan bagi pihak mereka dan telah bersetuju bahawa anda boleh:

  1. memberi keizinan bagi pihak mereka kepada pemprosesan data peribadi mereka (termasuk mana-mana data peribadi sensitif);

  2. memberi keizinan kepada pemindahan data peribadi mereka di luar negara; dan

  3. menerima bagi pihak mereka mana-mana notis perlindungan data.

Anda boleh memberikan kami persetujuan anda dengan menandatangani dan memulangkan borang ini kepada kami:

  1. dengan pos kepada alamat dinyatakan di atas, faks kepada (603) 2078 6988

  2. melawat mana-mana daripada laman sesawang kami:


- https://www.arenaahotelsgroup.com/

Sila ambil perhatian bahawa:

  1. Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris dan jika berlaku sebarang kekeliruan, versi bahasa Inggeris akan terpakai; dan

  2. Kami berhak meminda notis ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan menempatkan notis pindaan sedemikian pada laman sesawang kami atau cawangan kami atau melalui mana-mana cara lain yang kami fikirkan sesuai.

PENERIMAAN

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah membaca dan memahami notis di atas, dan saya bersetuju untuk memberikan persetujuan saya kepada pernyataan dan syarat yang ditetapkan.



………………………………….

Nama : No. NRIC:

Tarikh :

 

 
 
 
   
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
CONTACT INFORMATION

+606 288 3399 (hotel direct line)
+606 288 3555 (fax)
enquiry.deluxe@arenaahotelsgroup.com
OUR HOTELS CHAIN

Arenaa Hotels Group
Arenaa Star Hotel, Kuala Lumpur
Arenaa Deluxe Boutique Hotel, Melaka
Arenaa Batik Boutique Hotel, Kuantan
SITEMAP

Home
Our Hotels
About Us
Accommodations
Facilities
Photo Gallery
Contact Us
Copyright © 2015 Arenaa Hotels Group

Web design by Websphere
PDPA | Privacy Statement